powered by
Socialbar
Socialbar
Yang Berusaha Pengerusi Majlis,
Yang Bhg. Tan Sri Mohd Isa bin Samad, Ketua Bahagian UMNO Teluk Kemang,
Yang Bhg. Dato' Ali Nordin bin Wahiduddin, Timb.Ketua Pengarah RISDA (Pembangunan)
Yang Berusaha Tn Hj Abd Ghafar b. Dato' Borhanuddin, Pengarah RISDA Negeri Sembilan,
Pegawai-pegawai Kanan RISDA Ibu Pejabat & Negeri, Daerah,
Pengerusi-pengerusi dan Ahli J/Kuasa Kemajuan Kampung, Tuan Imam Masjid Bagan Pinang, pemimpin-pemimpin tempatan dan Hadirin/Hadirat sekelian,
Assalammualaikum warahmatullahiwabarakatuh
Alhamdulillah syukur kepada Allah s.w.t kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita berkumpul di dewan Ristec pada pagi ini untuk melaksanakan tanggungjawab bersama bagi menyempurnakan kursus sehari program pembangunan RISDA yang dianjurkan oleh pejabat RISDA Negeri Sembilan Barat.
Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Pegawai RISDA Negeri Sembilan Barat dan kakitangan kerana telah dapat mengadakan kursus pada kali ini untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada golongan sasar diperingkat bawah (Pekebun Kecil). Saya juga mengambil kesempatan di sini mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua peserta kursus kerana dapat melapangkan masa untuk menghadirkan diri mengikuti kursus sehari yang dianjurkan oleh pihak RISDA bagi meningkatkan kefahaman berkaitan program-program pembangunan RISDA.
Selaku pihak yang telah dipertanggungjawabkan, RISDA adalah satu agensi yang telah diamanahkan untuk membimbing masyarakat pekebun kecil supaya bangun dari masalah kemiskinan. Oleh itu, RISDA telah menjalankan pelbagai program antaranya program tanam semula dan program aktiviti ekonomi tambahan.
Bagi program tanam semula di Negeri Sembilan Tahun 2009, sejumlah RM 8, 2280,000 telah diperuntukkan untuk keluasan tanah sebanyak 3600 hektar. Manakala, peruntukkan sebanyak RM 840,000 telah diagihkan kepada seramai 84 orang pekebun kecil dibawah program aktiviti ekonomi tambahan (AET). Program AET ini bertujuan untuk membantu pekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka dalam bidang tanaman, ternakan dan makanan ringan.
Saya percaya dengan program-program yang telah dirancang oleh pihak RISDA, masyarakat pekebun kecil di Negeri Sembilan akan mendapat faedah seterusnya mencapai matlamat RISDA bagi melahirkan masyarakat pekebun kecil yang produktif. Saya juga dimaklumkan, sebanyak 9 buah rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR) telah siap dibina di daerah Port Dickson termasuk 2 buah di DUN Bagan Pinang. Diharap dengan pembinaan rumah ini dapat memberi keselesaan kepada golongan yang berpendapatan rendah.
Akhirnya, saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan RISDA Negeri dan Daerah Negeri Sembilan Barat kerana menjemput saya untuk bersama-sama di dalam majlis ini. Dengan lafaz bismillah, saya merasmikan kursus sehari program pembangunan RISDA bagi DUN Bagan Pinang, Port Dickson.
Wassalam
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.