powered by
Socialbar
Socialbar
Risda
RISDA bakal luaskan pelaburan ke Kemboja
GOPENG 29 Jan. - Kesejahteraan para pekebun kecil menjadi komitmen berterusan dan rancangan RISDA meluaskan pelaburannya ke Kemboja akan memastikan agensi itu dapat meningkatkan lagi produktivitinya bagi membolehkan ia melaksanakan tanggungjawab tersebut.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Rahim Tamby Chik menegaskan perkara itu semasa merasmikan Majlis Perjumpaan Pemaju Masyarakat RISDA (PMR) dan Pegawai Seranta di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Gopeng di sini.
Projek perladangan di luar negara tersebut merupakan satu eksperimental dalam memastikan RISDA dapat menambah produktiviti pengeluarannya dan juga meningkatkan lagi keuntungan RISDA, kata beliau yang akan ke Kemboja beberapa hari untuk meninjau lebih dekat peluang dan kawasan yang dicadangkan itu.
Rahim turut menjelaskan pihak pekebun kecil bakal menerima keuntungan saham yang bakal diperoleh dalam bentuk dividen.
Majlis tersebut turut dihadiri Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohamad Zuki Mohamad Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Mohamat Muda dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Korporat) RISDA, Ahmad Sufi Alias.
"Ini merupakan salah satu inisiatif yang akan dapat memberikan penambahan dalam pendapatan pekebun kecil dan secara tidak lansung mereka akan mendapat manfaat lebih baik. Setiap keuntungan diperolehi juga akan dikembalikan kembali kepada mereka tidak kira dalam bentuk wang ataupun dalam bentuk lain.
"Sekiranya perkara ini dapat dijayakan oleh RISDA, ia juga akan menjadi legasi kepada usaha Ketua Pengarah dan jasa beliau akan dikenang oleh pihak RISDA," ujarnya.
Apa yang pasti, kata Rahim, setiap daripada mereka yang telah melabur dalam saham RISDA bakal menerima penghargaan yang setimpal dengan usaha keras yang telah dicurahkan dalam meningkatkan pendapatan dan produktiviti RISDA.
RISDA bukan entiti perniagaan tetapi entiti perniagaan yang kita bentuk iaitu anak-anak syarikat di bawah RISDA telah memberikan keuntungan banyak kepada kita; dan RISDA Holdings adalah gambaran dan tanda komitmen RISDA dalam perniagaan," tambahnya.
blog comments powered by DisqusTan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.