powered by
Socialbar
Socialbar
Risda
Risda tubuh anak syarikat
TEMERLOH 9 Dis. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menubuhkan sebuah anak syarikat baru iaitu RISDA Kayu untuk membeli kayu pokok getah pekebun kecil yang terlibat dengan program tanaman semula di seluruh negara. Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, langkah itu bertujuan melindungi pekebun kecil getah daripada dieksploitasi oleh pihak ketiga yang membeli kayu pokok tersebut pada harga terlalu murah dan tidak munasabah.
Menurutnya, dengan adanya syarikat itu nanti, Risda akan menceburi bidang pembuatan perabot dan perkayuan untuk menambah pendapatan pekebun kecil terbabit.
''Sekarang ini terdapat orang tengah membeli kayu pokok itu pada harga RM500 sehektar, sedangkan harga semasa yang ditawarkan adalah RM16,000 bagi keluasan sama.
''Malah, di selatan Thailand, pokok kayu berkenaan dibeli pada harga RM26,000 sehektar," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis Perhimpunan Pengerusi Risda Bersama Badan Bukan Kerajaan (NGO) Pahang di Dewan Tun Razak di sini, semalam.
Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan bantuan kepada persatuan dan koperasi pekebun kecil dan badan NGO dari seluruh negeri itu.
Rahim berkata, syarikat yang ditubuhkan dengan modal berbayar RM5 juta akan membeli kayu pokok itu daripada pekebun kecil pada harga lebih baik.
Jelasnya, kayu pokok getah yang turut dikategorikan sebagai 'kayu putih' mempunyai kualiti dan nilai tinggi untuk menghasilkan perabot kini semakin popular di seluruh dunia.
Jelasnya, syarikat itu mengadakan rundingan bersama Felda serta Tabung Haji untuk membeli kayu pokok getah dan batang pokok kelapa sawit daripada kedua-dua agensi tersebut.
''Batang kelapa sawit juga boleh diproses menjadi baja dan menghasilkan chipboard untuk membuat perabut," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.