powered by
Socialbar
Socialbar
Risda
RISDA cadang perluas operasi ke luar negara – Pengerusi
MARANG 2 Nov. – Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan melebarkan operasinya ke luar negara dalam masa terdekat, kata Pengerusinya, Tan Sri Rahim Tamby Chik.
Beliau berkata, hasrat itu bakal menjadi kenyataan sekiranya cadangan mengusahakan penanaman getah secara estet di beberapa negara Asia seperti Vietnam, Kemboja dan Laos dilaksanakan.
"RISDA akan membuat tinjauan dengan menghantar satu delegasi ke negara-negara yang ada potensi kita tanam getah misalnya Vietnam, Laos dan Kemboja, untuk berunding sekiranya sesuai kita adakan tanaman getah di sana.
"Bagaimanapun kita kena kaji dahulu keadaan di sana dari segi komitmennya, kedaulatan undang-undang dan memastikan hak kita terpelihara, baru kita buat keputusannya,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) Terengganu dan menyampaikan Bantuan Tanam Semula RISDA Terengganu untuk tahun ini.
Katanya, perkara itu tidak akan dilaksanakan secara terburu-buru bagi memastikan pelaburan yang dibuat bukan sahaja mendapat pulangan tinggi, malah selamat.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.