powered by
Socialbar
Socialbar
Politik
Cubaan pancing tokoh UMNO
KUALA LUMPUR 17 Nov. – Cubaan pembangkang ‘meminang’ beberapa tokoh berpengaruh UMNO untuk dilantik sebagai Perdana Menteri jika pakatan itu menang pilihan umum akan datang disifatkan sebagai perbuatan menjilat ludah sendiri.
Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, sebelum ini, Pas misalnya pernah menuduh ahli dan pemimpin UMNO sebagai kafir tetapi sekarang, tokoh yang pernah dihina itu yang diharapkan untuk memimpin pakatan pembangkang.
Penafian Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat kononnya pakatan tidak cuba ‘meminang’ Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, baginya hanya satu helah untuk menutup sikap hipokrit pembangkang.
“Ini perbuatan hipokrit dan ternyata Pas sendiri tidak mempunyai pemimpin berkualiti untuk diangkat sebagai Perdana Menteri sehingga terpaksa mencari orang UMNO sebagai pengganti Anwar Ibrahim,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau mengulas dakwaan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik bahawa pembangkang cuba mempelawa Tengku Razaleigh menjadi Perdana Menteri jika pakatan menang atau wujud keadaan 50-50 pada pilihan raya umum akan datang.
Sumber : Utusan Malaysia Online
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.