powered by
Socialbar
Socialbar
Politik
Amanah jadi parti politik?
KUALA LUMPUR 9 Ogos - Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik yakin Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang diketuai Tengku Razaleigh Hamzah akan didaftarkan sebagai parti politik suatu hari nanti. Menurut beliau, keyakinan itu berdasarkan maklumat yang diterimanya daripada pihak yang rapat dengan Ahli Parlimen Gua Musang itu.
Jelasnya, antara lain sumber itu menjelaskan Amanah secara perlahan-lahan akan bergerak sebagai parti politik dan berkemungkinan menggantikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam menerajui pakatan pembangkang.
"Kepimpinan Pas dan DAP sudah mula mencari alternatif yang boleh menerajui pembangkang jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat. Mereka dikatakan telah mendekati Tengku Razaleigh.
"Tak hairanlah jika ini menjadi kenyataan, Amanah yang dilancarkan baru-baru ini, seperti difahamkan oleh pihak yang rapat dengan Tengku Razaleigh, perlahan-lahan akan jadi parti politik bagi menggantikan PKR.
"Bererti, ia dapat diterima Pas dan DAP dan mereka terpaksa menolak kepimpinan Anwar. Namun, terpulang kepada kebijaksanaan Tengku Razaleigh sama ada beliau mahu menjadi pemimpin pembangkang,'' katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata, apa yang menjadi persoalan adalah sama ada Anwar sanggup membiarkan Tengku Razaleigh mengambil tempatnya selaku Ketua Pembangkang.
"Anwar merasai dirinya hero tetapi kedudukannya akan dirampas oleh Amanah. Mungkin niat (Pas dan DAP) nak cuba kepimpinan baru, tetapi saya merasai Anwar tak akan merelakan ia berlaku,'' ujarnya.
Sumber : Utusan Malaysia Online
blog comments powered by Disqus
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.