powered by
Socialbar
Socialbar
Politik
Isu gereja bukti kegagalan pembangkang
BERA 14 Ogos - Pas memperlihatkan wajah sebenar parti itu apabila berdolak-dalik berhubung kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja yang dipercayai mengadakan majlis untuk memesongkan akidah umat Islam baru-baru ini. Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, parti itu tidak menunjukkan keikhlasan dalam mempertahankan kesucian agama Islam seperti mana yang dilaungkan selama ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis berbuka puasa di Felda Rentam di sini semalam. Pada 3 Ogos lalu, pasukan penguat kuasa JAIS menjalankan pemeriksaan di Dream Centre milik Gereja Methodist Damansara Utama dekat Petaling Jaya, Selangor berikutan terdapat aduan mengenai majlis berbuka puasa dianjurkan di rumah ibadat itu.
Ismail Sabri yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menegaskan, Pas tidak layak mengakui bahawa parti itu memperjuangkan Islam kerana tiada keikhlasan ditunjukkan parti itu dalam menangani isu tersebut,
Sementara itu di ALOR GAJAH, bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, sikap berdolak-dalik pembangkang di Selangor berhubung isu pemeriksaan JAIS ke atas gereja itu membuktikan kegagalan pihak tersebut menangani masalah pemesongan akidah umat Islam.
Katanya, perkara itu jelas ditunjukkan oleh pembangkang sama ada Pas atau kerajaan PKR Selangor yang seolah-olah tidak mampu bertindak, semata-mata kerana mahu menjaga kepentingan pihak lain dalam pembangkang.
Menurutnya, tindakan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali mempertahankan tindakan JAIS dalam isu tersebut amat dipuji namun, pada masa sama menunjukkan kepimpinan parti yang melaungkan kepentingan Islam itu tidak sepakat antara mereka.
Sumber: Utusan Malaysia Online
blog comments powered by Disqus
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.