powered by
Socialbar
Socialbar
Politik
Kes liwat Anwar: Rahim sambut baik keputusan hakim
MELAKA 16 Ogos - Keputusan Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu memberi keterangan bela diri atas perbicaraan kes liwat di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin depan, disifatkan sebagai langkah tepat.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, rakyat mahu tahu keputusan perbicaraan itu dengan segera selepas ia tertangguh beberapa kali.
Menurutnya, penangguhan yang kerap selepas dipohon oleh peguam Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu boleh menyebabkan rakyat mempertikaikan sistem kehakiman negara yang tidak tegas dalam membuat sesuatu keputusan.
''Apa yang dilakukan oleh Anwar dan panel peguamnya untuk menemu bual saksi-saksi terlebih dahulu, sebenarnya cuba menangguhkan perbicaraan.
''Ini tidak sepatutnya berlaku kerana Anwar bukan warganegara istimewa sehingga beliau mendapat perbicaraan yang berbeza berbanding rakyat lain di bawah sistem perundangan negara," ujarnya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas meraikan 50 saudara baru pada majlis berbuka puasa dan penyampaian sumbangan di sini semalam. Mengulas lanjut, Abdul Rahim berkata, hakim tidak lagi perlu melayan sebarang permintaan yang tidak relevan dan perbicaraan kes liwat Anwar perlu dipercepatkan seperti tarikh yang ditetapkan pada 22 Ogos ini.
'Saya harap hakim mengambil kira kemarahan rakyat ekoran tindak-tanduk oleh Anwar dan panel peguamnya," ujar beliau.
blog comments powered by DisqusTan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.