powered by
Socialbar
Socialbar
Isu Semasa
Puak Anwar kuasai pemikiran Nik Aziz
ALOR GAJAH 30 Mei - Tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang taksub membela dan mempertahankan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah beliau kini dikuasai oleh puak Pro-Anwar.
Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, Nik Abdul Aziz kini menjadi mangsa kepada tokoh-tokoh yang menyokong Anwar dalam Pas sehingga tidak mampu untuk berfikir secara rasional.
"Nik Abdul Aziz sebenarnya menjadi mangsa kepada tokoh yang ditanam oleh Anwar dalam Pas sehingga pemikiran beliau begitu sempit dan dikuasai oleh kumpulan itu," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-20 Koperasi Rancangan Tanah Pinggir Kawasan Masjid Tanah di sini hari ini.
Katanya, Nik Abdul Aziz mempunyai pemikiran sehala iaitu hanya menyokong sesuatu dengan tidak melihat faktor-faktor lain tanpa memberi peluang untuk mempertimbangkan aspek lain yang berkaitan.
Menurutnya, corak pemikiran sehala Nik Abdul Aziz ini yang menolak segala bukti kebenaran dikhuatiri boleh menjejaskan kredibilitinya sebagai pemimpin yang akhirnya mencemarkan imej Islam itu sendiri.
Mengulas mengenai pendedahan video seks yang dikaitkan dengan Anwar, tindakan Nik Abdul Aziz yang tidak dapat menerima kebenaran itu juga dianggap sebagai sesuatu yang memalukan.
Beliau yang juga salah seorang trio Datuk T yang mendedahkan video berkenaan berkata, kemajuan sains dan teknologi telah membuktikan bahawa video seks itu tulen dan pelakunya juga tulen dan telah disaksikan oleh masyarakat.
"Nik Abdul Aziz mengaku memperjuangkan Islam tetapi membela pemimpin yang dikaitkan dengan pelbagai isu moral tanpa menimbang bukti yang telah didedahkan," katanya.
blog comments powered by DisqusTan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.