powered by
Socialbar
Socialbar
Gabem
‘Teraju tidak pernah duduk diam'
SHAH ALAM 20 Ogos – Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) yang diwujudkan sejak 8 Februari lalu tidak pernah ‘duduk diam’ dalam memastikan kepentingan dan prestasi ekonomi bumiputera sentiasa terpelihara dan ditingkatkan dari semasa ke semasa.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Husni Salleh berkata, pihaknya telah melaksanakan pelbagai program sejak Teraju diwujudkan seperti penganjuran makmal Inisiatif Pembaharuan Strategik (SRI) dan makmal Projek Permulaan (EPP).
Katanya, melalui makmal tersebut, Teraju kini merangka pangkalan data untuk diberikan kepada Majlis Tindakan Agenda Bumiputera (MTAB) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi tindakan lanjut.
Namun katanya, sebagai sebuah badan strategik, Teraju lebih berperanan dalam menyelaraskan kerjasama di antara syarikat-syarikat industri kecil dan sederhana bumiputera dengan agensi kerajaan serta syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC).
“Kita tidak pernah duduk diam dan telah buat banyak kajian mengenai kekuatan dan kelemahan bumiputera contohnya untuk mencipta kekayaan seperti melalui pendidikan, pekerjaan dan cara untuk meningkatkan lagi pendapatan.
“Kita juga mengkaji cara untuk meningkatkan aset sedia ada termasuk harta wakaf, koperasi, hartanah, tanah rizab dan untuk tingkatkan penguasaan aset baru bagi membantu orang Melayu dengan lebih berkesan,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada Mingguan Malaysia selepas membentangkan kertas kerja bertajuk, Sejauh Manakah Peranan Teraju Memperkasakan Ekonomi Bumiputera sempena Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di sini, hari ini.
Terdahulu, Pengarah Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof. Madya Dr. Za’faran Hassan yang menyertai forum itu berkata, usaha Teraju meningkatkan tahap koordinasi di antara GLC dan syarikat bumiputera perlu diberi penghargaan.
blog comments powered by Disqus
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.