powered by
Socialbar
Socialbar
Gabem
Agenda ekonomi bumiputera tetap keutamaan kerajaan
SHAH ALAM 20 Ogos - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan kerajaan tidak pernah mengabai dan tetap menjadikan ekonomi bumiputera sebagai agenda utama, tanpa mengabaikan kepentingan kaum yang lain.
Menurut Muhyiddin, malahan kerajaan amat prihatin dan memantau setiap peringkat keupayaan pelbagai golongan dan menyediakan kemudahan bantuan dan peluang yang selaras dengan keadaan, keperluan dan keupayaan segmen golongan berkenaan bagi menjamin kestabilan sosio-ekonomi serta pembangunan negara yang mampan.
"Kerajaan akui bahawa bagi mencapai status negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, ramuan terpenting adalah memastikan tiada jurang perbezaan yang ketara antara masyarakat ataupun kaum di Malaysia, terutamanya jurang ekonomi dan pendapatan.
"Sekiranya kerajaan tidak pro-aktif menangani jurang perbezaan ini, kesan negatif dan kucar-kacir akan berlaku mengakibatkan kedaulatan dan keamanan negara tergugat dan ini akan membebankan kerajaan serta menghalang rakyat untuk menikmati kejayaan dan kesenangan masa hadapan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap menutup Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang berlangsung selama dua hari di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan sedar masih wujud jurang perbezaan ekonomi, kepakaran dan kewangan antara kaum bumiputera, khususnya usahawan bumiputera dengan bukan bumiputera.
Oleh itu, kata Muhyiddin, menjadi tanggungjawab dan peranan kerajaan dalam mengenal pasti dan membantu mengatasi kelemahan yang ada dan merapatkan jurang tersebut melalui pelaksanaan strategi dan program khusus.
Muhyiddin turut mengakui kini terdapat persepsi bahawa kerajaan tidak lagi memberi perhatian kepada agenda ekonomi bumiputera dan menegaskan beliau tidak akan membiarkan jika perkara itu berlaku. - Utusan
blog comments powered by Disqus
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.