powered by
Socialbar
Socialbar
Gabem
Peneraju GLC perlu berjiwa Melayu - Resolusi
SHAH ALAM 20 Ogos - Peneraju syarikat berkaitan kerajaan (GLC) digesa dipilih di kalangan mereka yang mempunyai jiwa Melayu merupakan sebahagian daripada 25 resolusi dicapai pada Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera.
Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem), Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, teraju GLC juga perlu berani dan berhabis-habisan membantu Melayu dan bumiputera.
"Sehubungan itu GLC perlu mempunyai hubungan rapat dengan badan-badan bukan kerajaan (NGO) Melayu dan bumiputera," katanya ketika membentangkan resolusi pada konvensyen anjuran Gabem di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.
GLC juga, ujar beliau, perlu mengelak daripada menjadi pesaing kepada usahawan Melayu dan bumiputera yang sedia ada.
Resolusi-resolusi yang dipersetujui sebulat suara itu akan diserahkan kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menutup konvensyen itu petang ini dan dipanjang kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. - Utusan
blog comments powered by Disqus
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.