powered by
Socialbar
Socialbar
Gabem
GLC bermasalah dijual kepada syarikat bumiputera
SHAH ALAM 20 Ogos - Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) dalam usaha untuk melaksanakan pelupusan dan penjualan syarikat milik kerajaan (GLC) yang bermasalah dan tidak tersenarai kepada syarikat-syarikat milik bumiputera.
Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Husni Salleh berkata, pihaknya sedang bekerjasama dengan Kementerian Kewangan dan Khazanah Nasional bagi merangka pelan tindakan itu.
"Rancangan ini akan dibincangkan pada minggu hadapan... jika diluluskan akan dilaksanakan dengan segera," katanya ketika menjawab soalan peserta Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi: Satu Jihad Ekonomi Bumiputera anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) di Universiti Teknologi Mara di sini hari ini.
Keutamaan untuk membeli syarikat-syarikat berkenaan, kata beliau, akan diberikan kepada syarikat 1,100 syarikat bumiputera berwibawa yang sedang disenaraikan.
"Syarikat-syarikat berkenaan akan dipadankan... jangan kata syarikat besar mahu beli semuanya atau syarikat kecil nak beli sampai tak mampu bawa.
"Kita kena tengok rekod syarikat dulu supaya saiz yang sesuai... pendekatan ini merupakan agenda ekonomi bumiputera yang besar," katanya. - Utusan
blog comments powered by Disqus
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.