powered by
Socialbar
Socialbar
Gabem
Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam semua bidang
SHAH ALAM 19 Ogos - Ketidakseimbangan di dalam semua bidang menyebabkan bumiputera sukar mencapai kejayaan setaraf kaum lain di negara ini.
Timbalan Ketua Pengarah I Unit Perancang Ekonomi ( EPU), Datuk Mat Noor Nawi berkata, mendedahkan perkara itu memberi contoh kadar simpanan di kalangan bumiputera adalah rendah dan pada masa sama pencapaian sasaran pemilikan ekuiti yang perlahan.
Selain itu, katanya, pemilikan ekuiti dan aset hartanah bumiputera juga masih rendah hingga menyebabkan penyertaan yang tidak signifikan dan penguasaan tidak efektif masyarakat bumiputera dalam ekonomi.
Beliau turut mendedahkan bahawa kebanyakan para graduan bumiputera mendapat gaji yang rendah iaitu RM501-RM1,500; berbanding kaum Cina memperolehi gaji RM1,501-RM2,000.
Beliau berkata demikian semasa membentang kertas kerja bertajuk: Pencapaian Ekonomi Bumiputera Satu Analisis pada Konvensyen Memperkasa Model Baru Ekonomi anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) di sini hari ini. - Utusan
blog comments powered by Disqus
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.