powered by
Socialbar
Socialbar
Gabem
Teraju sedang senarai 1,100 syarikat bumiputera berpotensi
SHAH ALAM 19 Ogos — Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, konsep meritokrasi akan diamalkan dalam agenda membantu usahawan Bumiputera dan untuk itu, Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU) sedang dalam proses menyenaraikan 1,100 syarikat Bumiputera yang berkemampuan untuk berjaya di bursa saham.
"Kerajaan akan membantu syarikat-syarikat, yang senarainya akan diumumkan dalam tempoh dua ke tiga bulan lagi, katanya pada perasmian konvensyen dua hari, Memperkasa Model Baru Ekonomi : Satu Jihad Ekonomi Bumiputera, anjuran bersama Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) dan Universiti Teknologi MARA, bermula hari ini.
Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan membantu syarikat berkenaan supaya menjadi lebih besar.
"Jika perolehannya RM100,000 tahun ini, dalam tempoh tiga tahun akan datang, ia akan meningkat kepada RM1 juta, dan kalau sekarang ini hanya beroperasi di dalam negara, syarikat-syarikat itu nanti akan berkembang ke peringkat antarabangsa.
"Insya-Allah program ini merupakan satu pendekatan baharu yang berdasarkan meritokrasi dalam kalangan Bumiputera... tak ada lagi soal kroni... tidak ada lagi soal siapa kita tahu bukan kawan rakan kita, tapi orang yang benar-benar boleh berjaya, orang itulah yang kita bantu,” katanya.
Beliau berkata, perubahan pendekatan dalam membantu usahawan Bumiputera berdasarkan meritokrasi ini dilihat lebih baik memandangkan kaedah dahulu seperti pemberian saham terbitan awam menerusi kuota Bumiputera, tidak bertahan lama kerana saham-saham itu dijual kembali ke pasaran. — Bernama
blog comments powered by Disqus
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.