powered by
Socialbar
Socialbar
Gabem
Konvensyen Gabem input hala tuju ekonomi bumiputera
SHAH ALAM 19 Ogos – Konvensyen Memperkasa Model Ekonomi anjuran Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) bertujuan menghasilkan resolusi yang bernas sebagai input merangka pelan halatuju pembangunan ekonomi bumiputera.
Pengerusi Gabem, Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, konvensyen yang mengambil tajuk "Satu Jihad Ekonomi Bumiputera" diharap dapat menghasilkan resolusi ke arah pembangunan secara efektif dan holistik.
Selain itu kata beliau dalam ucapan alu-aluan pada majlis yang dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Dewan Agong Tuanku Canselor Universiti Teknologi Mara, langkah itu diambil bagi memastikan pelaksanaan Model Baru Ekonomi adalah adil, saksama dan inklusif.
Sekali gus, ujar beliau, ia memastikan jurang pendapatan di antara bumiputera dan bukan bumiputera tidak terus melebar.
"Saya yakin konvensyen yang menghimpunkan usahawan, ahli politik dan cendiakiawan bumiputera menjadi landasan terbaik untuk mengupas, berhujah dan percambahan minda dalam memperkasa ekonomi bumiputera," katanya.
Sumber : Utusan Malaysia Online
blog comments powered by Disqus
Tan Sri Rahim Tamby Chik
Pengerusi GABEM dan RISDA
Suite 28-1, Level 28, Lobi A
Wisma UOA II, 21, Jalan Pinang
50450 W.P. Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 03 - 2161 6060
Faks: 03 - 21610606
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.