powered by
Socialbar
Socialbar
KUALA LUMPUR 11 Mac - Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) akan melancarkan kempen Satu Keluarga Satu Syarikat/Perniagaan (1F1C) bertujuan meningkatkan pemilikan syarikat dan ekuiti di kalangan bumiputera.
Pengerusinya, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, kempen julung kali diadakan itu adalah dengan kerjasama Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan ia bertema Pewaris Penjana Pendapatan Berterusan Keluarga.
Beliau berkata, kempen itu akan diadakan di Dewan Tun Hussein Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 15 Mac ini bermula pukul 8 pagi hingga 6 petang.
Ia akan dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar.
"Statistik daripada SSM menunjukkan pemilikan ekuiti di kalangan bumiputera amat rendah jika dibandingkan dengan kaum lain.
"Ini kerana 18 peratus daripada 839,000 buah syarikat yang didaftarkan di negara ini milik bumiputera sekali gus ia menunjukkan jumlah yang kecil.
"Oleh itu, Gabem dan SSM mengambil inisiatif mengadakan kempen ini bagi menarik minat lebih ramai kaum bumiputera menubuhkan syarikat dan menukarkan aset yang dimiliki menjadi saham-saham yang bernilai,'' katanya pada sidang akhbar di sini.
Arkib : Utusan Malaysia / 11 Mac 2009
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.