powered by
Socialbar
Socialbar
KANGAR 11 Feb. - Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) akan menjalankan ternakan lebah madu secara besar-besaran bagi meningkatkan pendapatan pekebun kecil luar bandar di seluruh negara.
Pengerusi RISDA, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik berkata, kajian dan penyelidikan (R&D) berkaitan ternakan itu telah dilakukan dan hasilnya mendapati lebah yang diternak dalam kebun getah mengeluarkan madu yang lebih berkualiti berbanding diternak dalam kebun kelapa sawit.
Katanya, RISDA telah mengadakan taklimat berkaitan hal itu pada Disember tahun lalu dan pihaknya sedang mengatur supaya projek itu dibuat tanpa sebarang masalah dalam masa terdekat.
''Sebuah syarikat telah bersetuju untuk bekerjasama dengan RISDA dan Agro Bank bersetuju memberikan bantuan pinjaman kecil berjumlah RM20,000 untuk memulakan projek.
''Pekebun kecil yang layak akan dipilih di seluruh negara untuk menjalankan projek ini dan kita akan memikirkan sama ada ternakan dibuat secara berkelompok atau melibatkan koperasi di bawah RISDA yang berminat," katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Majlis Penutupan Kursus Pemantapan dan Penilaian Peserta Program Peningkatan Pendapatan, di Hotel Berasmana, di sini hari ini.
Arkib : Utusan Malaysia / 11 Februari 2009
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.