powered by
Socialbar
Socialbar
SHAH ALAM 17 Julai - UMNO akan meneliti cadangan menganjurkan debat di kalangan calon yang bertanding jawatan Presiden, Timbalan dan Naib Presiden parti itu pada masa depan.
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib berkata, ia perlu difikirkan secara mendalam termasuk dari segi keberkesanannya bagi mengelak daripada menjejaskan kedudukan serta perpaduan parti nasional orang Melayu itu.
Ini kerana, katanya, pemilihan tiga jawatan tertinggi itu penting kerana berperanan menggerakkan prinsip dan perjuangan selain menentukan jatuh bangun parti itu pada masa depan.
"UMNO bersifat terbuka dan menerima sebarang pandangan dari semua peringkat sama ada pemimpin atau ahli parti.
"Sungguhpun begitu, tidak semua pandangan boleh dilaksanakan kerana ia perlu mengambil kira kesesuaian serta kesan yang mungkin timbul," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Muhammad yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor mengulas cadangan ahli Majlis Tertinggi (MT), Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik semalam, mahukan parti itu menganjurkan sesi debat bagi calon Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden supaya perwakilan dapat memilih calon yang benar-benar layak menduduki jawatan berkenaan.
Arkib : Utusan Malaysia / 18 Julai 2008
Hakcipta MyRTC 2009 - 2011
Pihak MyRTC tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan yang dialami ketika melayari laman web ini.